p2b - pensel 2B
pp - pensel picit
p2b memang hebat. dari hujung kepala ke hujung kaki, memang terserlah kehebatan p2b. p2b bukan sahaja hebat, malah, beliau berbangga tahap cipan kerana beliau telah memenangi 4 kali berturut-turut dalam pertandingan pensel paling hensem. kalau 2 kali lagi beliau menang, sahlah beliau dapat membuat rekod dunia iaitu 2 kali hatrik. kemenangan p2b dalam pertandingan pensel paling hensem itu menyebabkan hidung p2b kembang setiap masa, berjalan mendongak langit serta angkuh. setiap kali memulakan perbicaraan dengan pensel-pensel yang lain, p2b akan berkata, "ehem ehem, aku telah menang 4 kali berturut-turut dalam pertandingan pensel paling hensem. kau ada? ". itulah ayat yang akan sedikit membuat orang lain terasa hati, atau lebih tepat lagi, sakit hati.
kalau diikutkan, p2b memang hensem dibandingkan dengan pensel-pensel yang lain. p2b yang berjenama stabilo, yang hujungnya bewarna merah, tertulis perkataan stabilo dan mempunyai lambang swan, bewarna kelabu. badan p2b yang bewarna hitam memang nampak jelas bergaya. gaya jalan p2b memang penuh karisma, walaupun ada 2 3 kali beliau tersadung, jatuh akibat berjalan dengan cara sedemikian. memang pensel-pensel lain yang berjenama SEA LION, STAEDLER, DOLPHIN, langsung tidak dapat menandingi kehebatan p2b. apatah lagi kalau hendak berkawan dengan beliau.
namun, ke'glamour'an p2b tidak lama. kehadiran pp, iaitu sejenis pensel yang berwajah baru, dan juga berbeza dalam cara menggunakannya. kalau p2b, ketumpulan mata p2b, boleh diasah dengan menggunakan pisau lipat, ataupun mesin pengasah. tapi, pp tidak perlu akan semua itu. hanya perlu disumbat dengan sejenis rod karbon yang nipis. dan apabila mata beliau sudah terlalu pendek, beliau hanya perlu ditekan di hujungnya. begitu mudah sekali. dengan kehadiran pp, p2b tidak lagi menjadi bahan bualan pensel-pensel lain. pp pula semakin disebut-sebut akan kelebihan beliau. pp semakin glamor manakala p2b semakin tersingkir. amat malang sekali p2b.
p2b berasa sungguh tertekan dengan keadaan tersebut. kalau dulu, dia sering menjadi perhatian pensel-pensel lain, tapi kini tidak. kalau dulu, dia akan diberi keutamaan dalam apa jua kerja yang berkait dengan penulisan, tapi kini pp yang menjadi pilihan pelajar sekolah. "emm mungkin inilah nasibku", fikir p2b yang mana sering delanda kesedihan. kesedihan yang teramat ditambah lagi p2b yakin yang beliau tidak lagi akan menang dalam pertandingan pensel paling hensem dan tidak lagi digelar champion dalam pertandingan itu.
akhirnya, akibat terlalu tertekan dengan kehadiran pp, p2b telah mengambil keputusan untuk membunuh diri. p2b mencari tali yang kukuh, untuk menggantungkan dirinya. mencari tempat yang sesuai untuk membunuh diri. tetapi, setelah mencuba selama beberapa kali menggantungkan dirinya, beliau gagal. p2b lupa yang beliau adalah sebatang pensel. lalu, beliau mencari alternatif lain untuk menjauhkan diri daripada kehidupan yang sungguh perit bagi beliau. dan, akhirnya, p2b terlihat akan tong sampah di tepi meja. p2b mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam tong sampah itu. beliau tekad. dan akhirnya, tersadailah p2b di dalam tong sampah yang gelap gelita itu. p2b redha. sambil perlahan-lahan menutup matanya.
p/s : pabila aku mengarut tentang pensel 2B. entah, aku sendiri pun tak faham apa kejadahnya cerita di atas tu hahaha
No comments:
Post a Comment