Saturday, February 18, 2012

aku dan jogging

petang semalan, dalam sedar dan tidak, aku telah pun berjogging di kampusku. walaupun post aku sebelum ney, UR , terdapat sajak (haha ) yang aku nukilkan, berkenaan dengan cuaca yang hendak hujan. melangkah jua kakiku, menurut perintah tuannya yang bermaharajalela meng'kontrol' anggota badan supaya berjogging. lalu jogging la si penulis blog pensel 2B ini. hehe

berjogging mengelilingi kampus sebenarnya bukan satu perkara yang senang. terdapat banyak liku-liku yang perlu aku tempuhi untuk sampai ke garisan penamat (iaitu bilikku). yang pertama sekali, jarak untuk mengelilingi kampus aku adalah bukan satu jarak yang dekat. hatta, aku berjogging sekalipun, mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menghabiskan satu pusingan kampus ini. itu kalau menggunakan kelajuan maksimum yang mana boleh membuatkan aku muntah atau pengsan selepas itu. hehe apatah lagi kalau berjalan, mungkin 40 minit. dan yang paling lama masa diambil, lebih 2 jam, ialah dengan... merangkak. 

yang keduanya, apabila aku mula melangkah keluar dari bangunan asramaku, titis-titisan hujan telah pun menitis dengan perlahan. halangan. namun, aku tetap sabar. sabar dengan titisan hujan yang telah mengaburi pandangan aku, membuatkan kacamata aku dilitupi kabus. haha biasalah, aku kan budak kacamata. tetap meneruskan aktiviti merembes peluh ini. 

jogging punya jogging punya jogging, akhirnya aku terpaksa berhenti. disebabkan terasa sakit di pinggang belakang. hehe pandai yer aku membuat alasan. dan, sempatlah aku snap gambar dengan menggunakan nokia c5 aku yang murah ini. snap gambar-gambar pemandangan di kampus aku. indah betul. terasa bagai di syurga. haha jom tengok gambar!


wah, cantik kan tasik-di kampusku

not bad la, using my camera my nokia c5 hehe

mcm empangan jer

nice view !

latihan ragbi

no caption. hehe
refresh tak selepas tengok gambar tu?? best kan. memang best. berkenaan dengan joging ney, teringat pulak taman layang-layang di selayang tu, yang mana tempat yang paling best sekali untuk jogging. lama dah rasanya aku tidak menjejakkan kaki ke sana. nanti, kalau berkesempatan ke sana, akan aku update lagi di sini !

thanks for dropping by =)




Friday, February 17, 2012

UR = update ringkas

haha memandai pulak aku wat benda ney kan. hehe UR oo UR

sebenarnya, apa yang aku maksudkan adalah berkenaan dengan UR tu haa. UR = update ringkas. haha punya la pemalas kan kan kan. aku tidak tahu la sama ada wujud atau tidak orang update ringkas kat blog ney kan. tetapi, kebiasaanya, memang tiada orang wat macam ney.

UR just untuk aku update kan blog ney, berkenaan dengan perkara2 yang simple je. ditambah lagi dengan kemalasan yang ada di dalam diri aku untuk menaip, namun tetap untuk berblogging haha. jadi, kalau ada selepas ini yang pening dan tidak tahu apa itu UR. UR adalah Update Ringkas dari penulis blog pensel 2B yang pemalas+tidak begitu rajin ney. hehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

di luar sana gelap
berangin
seperti akan hadir
titisan halus
titisan air hujan
jatuh ke bumi
seakan-akan

rugi
terasa amat rugi
aku sebenarnya ingin sekali
untuk keluar dari bilik ini
untuk mengerah otot
untuk merembes peluh
supaya
aku menjadi sihat

Thursday, February 16, 2012

Gila Buku

wah, sekarang ney, sudah menunjukkan 7 entry yang telah aku postkan di blog ini : dak-os.blogspot.com. hehe dan ini merupakan entry yang ke 8 la kan. takkan yang ke 9 plak. hehe

gila buku. emm buku buku dan buku. perkataan 'gila', seperti yang kita tahu, adalah perbuatan yang tidak waras. penggunaan perkataan 'gila' pun boleh dipelbagaikan, sebagai contoh, gila babi, gila gila(majalah), gila bola, engkau gila dan sebagainya. namun, dalam konteks gila buku yang aku ketengahkan pada petang yang panas ini(sebelum aku turun bermain futsal), adalah satu perbuatan yang merujuk kepada obses yang tersangat kepada buku. 




Vig Bad Wof books

Tuesday, February 14, 2012

seronoknya - milo panas, biskut

jari-jemari tanganku, kanan mahupun kiri menekan-nekan keyboard laptop, ingin menceritakan keseronokan yang timbul apabila menjamah milo panas dan juga biskut di pagi hari.

bayangkan....

pagi yang sejuk, angin pagi yang damai perlahan beterbangan masuk melalui tingkap, singgah di kulit. ditambah pula dengan angin kipas gantung di atas yang diperlahankan kelajuannya kepada no 2, daripada no 4. air milo panas yang terhidang di depan muka, di antara lengan kanan dan lengan kiri. di sebelah laptop terdapat 4 keping biskut gula yang terhidang di atas piring putih, bersedia untuk dicicah dengan milo dan disuakan di mulut. waaaa seronoknya aku.


credit

seronok kan. itu belum lagi ditambah dengan suapan oleh seorang isteri. almaklumlah, aku ni bujang dan masih belum berkahwin. haha (tapi sudah berpunya hehe)

sudah menjadi rutinku, bersarapan dengan milo. kalau sebelum ney, bukan milo yang menjadi minuman pagiku, tetapi nescafe 3 in 1. dahulu memang. nescafe 3 in 1 menjadi pilihanku. sebabnya ia mudah dan cepat. hanya perlu memotong hujung sachet tu, masukkan ke dalam cawan, tambah air yang baru menggelegak(99.8 darjah celcius kot). kacau dengan sudu. siap. namun, mudahnya nescafe 3 in 1 ini tidak berbaloi kerana keburukannya. kebanyakan minuman 3 in 1 mempunyai banyak keburukan berbanding kebaikan setelah aku membaca satu artikal berkenaannya yang dikaji oleh beberapa pakar pemakanan.



credit


memang, aku sendiri pun terasa lain macam je apabila selalu meminum enscafe 3 in 1 tu. kekadang, terasa macam ketagih. kekadang terasa macam jantung berdegup laju. akhirnya, setelah mengetahui keburukannya, aku membuat keputusan untuk tidak meneruskan nescafe 3 in 1 tu. babai nescafe.

eh lupa pulak, tajuk entry 'seronok', tapi dok bercerita pasal nescafe pulak. maaf ye tuan puan. tersasul pulak. hehe kesoronokan masih terasa. kalau korang hendak merasakannya, silalah beli milo, beli gula atau susu. dan boleh mula untuk meminum milo di pagi. dan jangan lupa untuk membeli biskut untuk dicicah. erghhh memang syiokk!

babai korang. penulis hendak menikmati milo, cicah biskut.

perihal milo : 
milo panas
milo sedap
minum milo panas
milo panas sedap

Monday, February 13, 2012

bangun awal pagi

pukul berapakah biasanya korang bangun pagi??? haa jangan lewat, nanti terlepas pulak solat subuh. ingat tu. sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

hari ini, memang awal sungguh aku bangun. bukan hendak berbangga atau ingin membesarkan lubang hidung aku, tapi, memang hakikat. haha hari ini memang awal aku bangun. tidak seperti hari-hari sebelumnya. hee jadi, apabila  terbukanya mata akibat getaran yang dihasilkan oleh telefon bimbit nokia c5 aku di sebelah kanan bantalku tepat pada pukul 5.50am, terus je aku tekan butang snooze di telefon bimbit itu. dan, tidak semena-mena aku terus bangund dan mencapai botol air mineral di tepi katil aku. sudah menjadi tabiat aku untuk meneguk sekurangnya 2 teguk air masak apabila bangun pagi. itu adalah satu tabiat yang bagus. try test cuba tengok! hee

pada hari yang mulia ini, iaitu hari kedua aku memulakan kelas. berharap sangat segalanya berjalan dengan lancar sekali. kelasku bermula pada jam 830am. kelas Metrology And Measurement Systems. haa ternganga semua. korang nak tahu apakah di sebalik nama subjek tersebut?? ehem ehem, aku sendiri pun belum mengetahuinya tambahan lagi ini adalah kelas pertamanya yer. jadi, mungkin lepas ney aku akan cerita serba sedikit tentang itu, atau mungkin tidak.

mulakan harimu dengan ceria, mulakan harimu dengan sarapan.

sarapan. sarap. breakfast. makan pagi. boleh apa sahaja. ini adalah penting. bayangkanlah, perut kita kosong selama lebih kurang lapan jam semasa kita tidur. jadi, adalah amat penting untuk mengambil sarapan sebelum memulakan hari kita. dan, dalam soal makanan untuk sarapan, jangan mengambil makanan yang berat. hal ini boleh memberikan kita gangguan seperti mengantuk dan sebagainya apabila mengambil makanan berat untuk breakfast. jadi, jom follow aku.

credit


masakkan air, menggunakan heater putih yang bertuliskan 'ELBA' di bawah pemegangnya. ambil cawan. masukkan milo dan gula secukup rasa. masukkan air panas yang telah masak tadi ke dalam cawan tersebut. capai biskut 'julies'. cicah dengan air milo panas itu, masukkan biskut tersebut ke dalam mulut. haa trick trick. haha jangan lupa baca bismillah sebelum makan agar berkat sarapan pagi kita. jom sarapan !

hobi yang pelik

bercerita tentang hobi, mesti ada di antara kita yang terseyum macam kerang busuk, hehe mana tidaknya. hobi, satu perkataan yang mana boleh didefinisikan sebagai satu perbuatan, amalan yang kita selalu buat. emm mungkin tabiat pun boleh dikategorikan sebagai hobi? emm mungkin tidak.

credit

jadi, tanpa membuang masa yang memangnya tidak banyak ini, aku, sebagai penulis blog pensel 2B ingin melalut, membebel, mencoret berkenaan dengan hobi yang pelik yang melanda diri aku sendiri.

meminjam buku tapi tidak membaca.

betul, betul dan betul. itulah hobi pelik yang aku sendiri pun kekadang pelik. haha di kampus aku, teradapat sebuah gedung ilmu(iaitu perpustakaan) yang mana buku-buku di dalamnya boleh dipinjam. bermakna, buku-buku di dalamnya bukan sahaja untuk di pamerkan. ye, sebagaimana perpustakaan yang lain. memang buku-buku yang terdapat di dalamnya amat baanyakkk sekali. dan aku rasa, it is impossible(mustahil) untuk aku menghabiskan membaca semua buku yang terdapat di dalamnya. jadi, aku telah membuat keputusan hanya untuk membaca buku yang aku minat sahaja.

kategori buku yang selalu menjadi perhatian aku adalah 'self-improvement'. iaitu buku-buku motivasi macam tu la. sebagai contoh, buku tulisan HM Tuah, David J.Schwartz dan lain-lain. selain dari buku motivasi, aku juga amat peka dan berminat dengan buku-buku yang berkaitan dengan kewangan. buku yang menceritakan tentang kekayaan. memang aku minat sangat. hehe contohnya buku tulisan Donald Trump, Robert T.Kiyosaki dan banyak lagi.

di perpustaan itu, saat aku melangkah kaki kananku masuk ke dalam bahagian buku-buku yang boleh membuatkan air liur aku meleleh itu, akan terdetik di dalam sanubariku, "waa bestnyer". satu perasaan yang begitu indah sekali. laju sekali kakiku melangkah dan mataku melilau mencari apa sahaja yang terseamat di hati.

tentang hobi yang pelik ney, yakni meminjam tapi tidak membacanya,  akan berlaku apabila tibanya musim cuti. pada waktu itu, aku terfikir untuk meminjam banyak buku untuk dibawa balik dihabiskan di rumah. jadi, aku akan pergi ke perpustakaan dan akan meminjam lebih kurang 5 atau 6 buah buku. dah la tebal. dan buku-buku ini akan aku masukkan ke dalam beg pakaian aku, hasilnya, ia akan memberatkan. namun, aku sanggup. hehe

kemudian, baliklah aku ke rumah. tempoh yang diberikan oleh perpustakaan untuk buku tersebut adalah selama sebulan, dan yang bagusnya, tarikh untuk menghantar buku tersebut boleh dipanjangkan lagi dengan menggunakan lawan web perpustakaan itu. wah, moden sungguh. hehe dan, memang itu hobi aku. tapi, inilah waktu kritikalnya, yang mana, buku yang terlampau banyak ini, akan aku susun cantik apabila tibanya di rumah. bukannya aku langsung tidak membacanya, tapi, biasanya satu buku je yang dapat aku habiskan daripada enam buah buku yang dipinjam itu. kah kah dan, apabila habisnya waktu cuti itu, aku kan menghantar kembali buku-buku itu ke perpustakaan. itulah cerita hobi pelikku.

p/s : aku patut berubah kot. hobi meminjam buku tu dah bagus, tapi aku perlu lebih bagus, iaitu, meminjam buku+membaca sampai habis. haa ini mungkin hobi baru aku kot lepas ney hehe

Sunday, February 12, 2012

p2b vs pp

p2b - pensel 2B
pp - pensel picit

p2b memang hebat. dari hujung kepala ke hujung kaki, memang terserlah kehebatan p2b. p2b bukan sahaja hebat, malah, beliau berbangga tahap cipan kerana beliau telah memenangi 4 kali berturut-turut dalam pertandingan pensel paling hensem. kalau 2 kali lagi beliau menang, sahlah beliau dapat membuat rekod dunia iaitu 2 kali hatrik. kemenangan p2b dalam pertandingan pensel paling hensem itu menyebabkan hidung p2b kembang setiap masa, berjalan mendongak langit serta angkuh. setiap kali memulakan perbicaraan dengan pensel-pensel yang lain, p2b akan berkata, "ehem ehem, aku telah menang 4 kali berturut-turut dalam pertandingan pensel paling hensem. kau ada? ". itulah ayat yang akan sedikit membuat orang lain terasa hati, atau lebih tepat lagi, sakit hati.

kalau diikutkan, p2b memang hensem dibandingkan dengan pensel-pensel yang lain. p2b yang berjenama stabilo, yang hujungnya bewarna merah, tertulis perkataan stabilo dan mempunyai lambang swan, bewarna kelabu. badan p2b yang bewarna hitam memang nampak jelas bergaya. gaya jalan p2b memang penuh karisma, walaupun ada 2 3 kali beliau tersadung, jatuh akibat berjalan dengan cara sedemikian. memang pensel-pensel lain yang berjenama SEA LION, STAEDLER, DOLPHIN, langsung tidak dapat menandingi kehebatan p2b. apatah lagi kalau hendak berkawan dengan beliau.

namun, ke'glamour'an p2b tidak lama. kehadiran pp, iaitu sejenis pensel yang berwajah baru, dan juga berbeza dalam cara menggunakannya. kalau p2b, ketumpulan mata p2b, boleh diasah dengan menggunakan pisau lipat, ataupun mesin pengasah. tapi, pp tidak perlu akan semua itu. hanya perlu disumbat dengan sejenis rod karbon yang nipis. dan apabila mata beliau sudah terlalu pendek, beliau hanya perlu ditekan di hujungnya. begitu mudah sekali. dengan kehadiran pp, p2b tidak lagi menjadi bahan bualan pensel-pensel lain. pp pula semakin disebut-sebut akan kelebihan beliau. pp semakin glamor manakala p2b semakin tersingkir. amat malang sekali p2b.

p2b berasa sungguh tertekan dengan keadaan tersebut. kalau dulu, dia sering menjadi perhatian pensel-pensel lain, tapi kini tidak. kalau dulu, dia akan diberi keutamaan dalam apa jua kerja yang berkait dengan penulisan, tapi kini pp yang menjadi pilihan pelajar sekolah. "emm mungkin inilah nasibku", fikir p2b yang mana sering delanda kesedihan. kesedihan yang teramat ditambah lagi p2b yakin yang beliau tidak lagi akan menang dalam pertandingan pensel paling hensem dan tidak lagi digelar champion dalam pertandingan itu.

akhirnya, akibat terlalu tertekan dengan kehadiran pp, p2b telah mengambil keputusan untuk membunuh diri. p2b mencari tali yang kukuh, untuk menggantungkan dirinya. mencari tempat yang sesuai untuk membunuh diri. tetapi, setelah mencuba selama beberapa kali menggantungkan dirinya, beliau gagal. p2b lupa yang beliau adalah sebatang pensel. lalu, beliau mencari alternatif lain untuk menjauhkan diri daripada kehidupan yang sungguh perit bagi beliau. dan, akhirnya, p2b terlihat akan tong sampah di tepi meja. p2b mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam tong sampah itu. beliau tekad. dan akhirnya, tersadailah p2b di dalam tong sampah yang gelap gelita itu. p2b redha. sambil perlahan-lahan menutup matanya.

p/s : pabila aku mengarut tentang pensel 2B. entah, aku sendiri pun tak faham apa kejadahnya cerita di atas tu hahaha

pensel 2B

pensel 2B adalah pensel lagendary (bukan lejen press publication hehe) yang mana semua pelajar sekolah rendah menggunakannya. start dari darjah satu hinggalah darjah enam, semua pelajar tersebut akan wajib memegang, membaling/melontar, memijak dan yang wajib ialah menulis menggunakan pesel 2B tersebut. namun, ada juga pelajar yang menggunakan kekreatifan masing-masing menggunakan pensel 2B ini untuk mencipta sesuatu yang baru. contohnya dibubuh pada kereta dash, atau dilekatkan kepada kereta kawalan jauh untuk memastikan ke'aerodinamik'an kereta tersebut dan seterusnya menambahkan lagi kelajuan benda alah tersebut. (emmm agaknyelah hehe)


credit


credit


pastu, apa kaitan pensel 2B dengan nama blog aku ney? emm entahla belalang. aku pun tak tau. haha

memang, memang aku pun menggunakan pensel 2B semasa aku berhingus dahulu. haha yela, kan masa sekolah rendah, mak siap bagi lagi tuala yang bersaiz kecil, masukkan ke dalam poket seluar, tak pun, poket baju, senang untuk mengesat hingus-hingus. kan kan. haha alaa tak nak mengaku la tu. masa tu, pensel 2B adalah satu alat penting bagi budak sekolah rendah. kalau askar, senapang adalah senjatanya, manakala pelajar sekolah rendah, pensel 2B adalah senjata diorang.


credit


namun, zaman kegemilangan pensel 2B tidak lama. sejajar dengan zaman teknologi yang semakin canggih dari hari ke hari, wujudlah anasir-anasir kreatif yang mana mencipta satu alat tulis yang dapat menandingi pensel 2B. iaitu pensel picit atau nama modennya mekanikal pensel. walaupun masih lagi menggunakan sistem yang sama, iaitu menggunakan karbon di tengah-tengah pensel tersebut, namun, kecanggihan mekanikal pensel ini amat terserlah kerana tidak perlu untuk diasah apabila tumpul. hanya perlu di'picit' di hujungnya dan akan keluarlah karbon yang dapat meninggalkan kesan hitam apabila dicoretkan ke kertas. pensel 2B yang konvensional pula, perlu diasah dengan menggunakan pisau lipat, pengasah pensel untuk terus digunakan apabila tumpul.

credit

waduh waduh. sedap juga aku membebel haha

sebenarnya. memang aku suka menggunakan pensel 2B ney. dan sempena hendak membuat blog ini, terlihatlah pensel 2B ini yang begelimpangan di atas meja aku. selepas itu, terhasillah blog ini. haha di blog tercinta ini, akan aku bebelkan segala macam yang aku suka dan aku kongsikan apa sahaja yang boleh menjadi tatapan kita semua!

peace ! pensel 2B =)

Friday, February 10, 2012

penat

di pagi yang indah dan nyaman ini, aku telah pun membuka mata dan menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba tuhan. solat. yang itu wajib. 5 kali sehari kita kena sembahyang yer. tidak kira la lelaki ke perempuan ke. haa tapi perempuan ney, dalam bab sembahyang, beliau, yakni perempuan ada waktunya yang mana beliau tidak boleh sembahyang(walaupun beliau mahu untuk sembahyang). haa faham-faham la kan. aik, ada yang sengih tu yer. hee

cerita aku
penat. emm memang penat. berdasarkan tajuk di atas. saja je sebenarnya aku letak penat. kerana semalam aku menggunakan kekuatan fizikal yang berlebihan dan sebab itulah badan aku sedikit penat malam tadi. eh, siapa kata aku tak kuat? haha semalam, pagi, kitorang ada perlawanan persahabatan, bola sepak. bayangkanla ada 4 team dalam sesi perlawanan persahabatan tu dan team kitorang bermain 2 perlawanan yang mana satu perlawanan itu adalah selama 30 minit. perlawanan pertama tu, aku bermain full time.tak tukar. huh letih woo. macam kerja buruh pada musim kemarau serta panas yang teramat. bermain la beliau yang hensem itu (aku la tu haha) dengan penuh semangat dan dedikasi serta memerah segala keringat badan.



credit

tidak habis di situ, petang, pada pukul 550petang, aku turun lagi ke padang untuk bermain bola lagi. huh memang semangat betul aku dalam bab bermain ney. aku sendiri pun tak perasan yang aku ney adalah seorang yang bersemangat tinggi. haha boleh jadi macam safee ney. main main punya mainla kitorang sampai maghrib. huhuu memang letih yang teramat. selepas itu, terus aku siapkan diri, solat, cepat-cepat makan dan malam tadi ada satu lagi perkara yang aku perlu tuntut, iaitu mesyuarat. aku ada join satu program di kampus ney. program sukan. bermesyuarat lah kitorang dengan padunya, bertukar pendapat, berhujah, bergaduh suara dan sebagainya. tidak terkecuali untuk mengerah otak untuk mendapatkan satu solusi terbaik. haha power. sampaila pukul 11 malam. balikla aku ke bilik. terasa badan begitu penat sekali, terasa urat-urat tangan, kaki, keletihannya. balik tu terus aku siap-siap dan tidur. bangunla aku di pagi ini dan bercerita di sini. keh keh

cerita penat
penat. penat atau letih itu sebenarnya perkara biasa dalam hidup kita sebagai manusia. penat disebabkan banyak perkara di dunia ini. kita boleh menjadi penat kerana fizikal dan juga kerana mental. apabila kita mengerahkan otak kita untuk berfikir berlebihan, atau kita sedang mengalami masalah, ini juga boleh membuatkan kita penat. penat kerana terlalu memikirkan masalah-masalah yang bagaikan awan hitam yang kelam berada di atas kepala kita.

namun, dalam menghadapi penat ini, kita harus bijak. kita tidak perlu untuk membiarkan penat untuk menguasai diri kita. kita yang perlu menggunakan akal fikiran kita untuk tidak menjadikan penat sebagai satu alasan. apabla kita penat, carilah ruang untuk berehat. dan apabila kita rehat, pastikan kita rehatkan juga minda kita supaya anggota badan yang lain dapat rehat dengan sebaik mungkin. rehat adalah amat penting. minumlah air masak. tenangkan minda. dan selepas itu, insyaallah kita kan bertenaga dan kembali seperti sedia kala =) dan ketika itu, kita akan tersenyum lebar seakan-akan petani yang tersenyum lebar melihat tanamannya hidup subur menunggu untuk dituai. peace !

Thursday, February 9, 2012

post pertama

banyak. memang banyak. memang banyak kali sangat dah aku wat entry yang bertajukkan 'post pertama'. haha ahh apa nak kisah kan. tidak salah untuk kembali menulis. hehe

jadi, di pagi jumaa, yang hampir tengah hari ney aku mencoretkan kata-kata untuk entry pertamaku. blog yang diberikan nama 'pensel 2B' ini sebenarnya bukanlah blog pertama aku. sudah banyak 'butir' blog dah yang aku buat selama ini. tapi, aku hadir lagi dalam dunia blogging dengan penampilan yang berbeza. harapannya. haha

dengan berbekalkan laptop Acer, yang mana sekarang ini menggunakan bateri sahaja. tiada kabel, sumber elektrik aku gunakan ketika ini. jadi, penjimatan penggunaan beteri adalah amat penting sekali. kenapa? mana kabel engkau wahai sang blogger? (ada orang bertanya). dan aku menjawab, sebabnya aku ke kampus ini, habis cuti semester, tertinggal charger laptopku di rumah. emm memang itu adalah kecuaian. rumahku di Kelantan dan aku di Gombak. untuk mengambil kabel laptop dan datang balik ke kampusku bukan sesuatu yang bijak bukan? haha jadi, terpaksalah aku bersama-sama dengan buku, membaca buku, memeluk buku, membantalkan buku walau aku sendiri bukanlah pembaca tegar. hehe

ahh, habis. habis sudah aku membebel. bateri laptopku menunjukkan hanya tinggal berapa peratus sahaja lagi sebelum ia tidur buat selamanya. dan aku perlu menunggu kabel aku yang di poskan oleh kakakku dari rumah. terima kasih kakak! terima kasih adikku yang juga telah membantu dalam membungukus kabel tersebut. dan terima kasih emak kerana telah memberikan sponsor bagi kos menghantar kabel ku itu. haha terima kasih semua. i love you all !

aku. aku kena bersiap untuk solat jumaat. harini adalah hari jumaat. kepada korang semua, jangan lupa untuk solat jumaat. eh, yang laki jer. yang perempuan, kalau nak pergi pun boleh. takde masalah. haha

akhir kata dariku untuk post pertama ini, ingin aku ucapkan selamat berblogging kepada diriku sendiri (sambil menepuk-nepuk bahuku haha). semoga dengan kehadiran blog baru ini, dapat aku berkenal-kenalan dengan insan-insan yang sudah lama berada di dunia blogging ini ! =)